Percaya atau tidak bahawa copywriting yang ditulis dengan baik akan membantu dalam strategi online marketing anda.
Pandai menulis ayat menarik pelanggan ialah skil yang penting untuk seorang marketer.
Camne tu?
Saya dedahkan semuanya dalam panduan kali ini.
Jom!
Apa Itu Copywriting?
Copywriting ialah teks bertulis yang bertujuan untuk memberi maklumat, inspirasi atau memujuk.
Kebiasaannya, copywriting digunakan untuk meningkatkan jualan dan conversion.
Copywriting digunakan hampir di semua tempat.
Di e-mel, laman ecommerce, media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, video YouTube dan sebagainya.
Copywriting yang baik dapat menarik pembaca supaya ‘bergerak’ dan berbuat sesuatu berdasarkan maklumat yang dibaca.
Dalam dunia bisnes, copywriting ialah salesman in print. Jurujual dalam bentuk teks.
Kenapa Skill Copywriting Penting Untuk Tarik Pelanggan?
Maksud marketing ialah menyampaikan mesej yang betul, kepada audiens yang betul, melalui medium yang betul secara berterusan.
Copywriting berada dalam kategori ‘mesej yang betul.’
Setiap tulisan bertujuan menyedarkan audiens tentang sesuatu hal.
Tidak kisahlah ia ayat promosi, ayat iklan atau sekadar status di WhatsApp peribadi. Semua ada tujuan.
Kita sendiri, dalam tidak sedar sebenarnya bergantung kepada ayat copywriting power untuk membeli barangan atau servis.
Memanglah harga, manfaat produk/servis ada memainkan peranan.
Tapi kita akan lebih tertarik untuk membeli apabila ada penjelasan, macam mana sesuatu produk tersebut dapat meringankan beban atau menyelesaikan masalah kita.
Kita terpujuk untuk membeli kerana ada tulisan yang meyakinkan kita betapa berbaloinya untuk labur sedikit wang bagi memiliki sesuatu barangan.
Katakan kita tidak pernah pun terfikir untuk membeli phone holder kerana rasa tak perlu.
Tapi kita terbaca pula review tentang phone holder yang sangat bagus, yang seterusnya menyebabkan kita berminat untuk beli.
Begitulah pentingnya kemahiran menulis ayat menarik pelanggan dalam dunia pemasaran.
7 Tips Untuk Hasilkan Ayat Menarik Pelanggan Dengan Mudah & Berkesan!
Terma ayat iklan power ni tak wujud. Hakikatnya, ayat power atau ‘terlebih kreatif’ tak berkait dengan keberkesanan iklan itu sendiri. Yang ada hanya ayat iklan yang efektif. Macam mana nak buat? Ini caranya.
1. Kenali Audiens Sasaran
Sebelum menulis copywriting atau ayat promosi, kenal pasti dahulu audiens anda.
Anda nak tulis untuk siapa? Produk anda untuk siapa?
Adakah untuk golongan ibu anak satu?
Atau untuk anak remaja belasan tahun?
Atau untuk wanita berkerjaya dalam lingkungan umur 30-an?
Anda perlu spesifik dalam menentukan audiens.
Supaya nanti tulisan anda akan buat audiens rasa, “Oh, inilah produk yang aku cari selama ini!”
Kita perlu spesifik sebab cerita/masalah yang akan kita highlight dalam copywriting akan ditulis menggunakan laras bahasa dan tahap pemikiran mereka.
Lagi, mesej yang tiada sasaran pembaca ialah tulisan tidak efektif dan hanya akan membazirkan sumber, baik tenaga, masa mahupun idea.
Situasinya sama seperti anda masuk hutan dan menembak sesuka hati dengan harapan, akan dapat rusa.
Memang benar, kebarangkalian untuk tertembak rusa itu ada.
Tapi, anda rasa tinggi atau rendah?
Ya, sangat rendah! Begitulah.
Jika tertembak pun, ia hanya nasib.
2. Bahasa ‘MESRA’ Audiens
Peraturan utama dalam menulis copywriting yang convert ialah tulis seperti mana pelanggan anda berfikir dan bercakap.
Gunakan bahasa yang mereka faham.
Sebagai contoh, jika kita nak mengajak orang bersaham, kita mesti tahu istilah-istilah seperti ‘sangkut puncak’, ‘popit’, ‘tangkap pisau’, ‘pump and dump’, ‘buy call’ dan sebagainya.
Memang kedengaran asing, tapi itulah bahasa mereka.
Cara paling mudah untuk tahu bahasa yang mereka sering gunakan, rajinlah melawat ke forum-forum dan baca komen yang ditinggalkan.
Untuk niche saham misalnya, audiens banyak berkumpul di Telegram, Facebook Group dan platform-platform seperti di KLSE.
Kenali bahasa mereka dan tulis copywriting menggunakan bahasa tersebut.
“Asyik sangkut di puncak? Meh download ebook PERCUMA saya. Saya guide sampai jadi!”
Untuk niche bisnes pula, ia lebih meluas.
Pada saya, cara yang paling mudah untuk tahu ialah rajin-rajin teroka Twitter.
Tentukan produk yang mahu dijual.
Kemudian search niche barangan tersebut dan lihat bahasa yang macam mana mereka guna untuk berbual.
3. Ketengahkan USP
USP atau Unique Selling Proposition.
Dalam bahasa mudahnya, “Apa SEBAB orang patut membeli dengan KITA?”
Tujuannya adalah mengenal pasti perkara yang membezakan produk/servis kita daripada orang lain.
Apa menariknya produk kita berbanding orang lain?
- Mungkin ia senang dipasang.
- Mungkin harga berpatutan.
- Mungkin postage cepat dan free.
- Mungkin ada polisi refund and return.
Cari atau cipta sampai dapat. Kemudian beritahu dengan jelas apa USP anda!
4. Tekankan Penyelesaian Kepada Masalah Utama Audiens
Katakan anda nak jual serum.
Audiens sasaran yang anda tetapkan ialah wanita berkerjaya. Lingkungan umur 30-35 tahun dan ada masalah kulit kering.
Dalam copywriting, kita tekankan tentang masalah kulit kusam ini.
Cara yang terbaik untuk mendalami masalah audiens ialah dengan menjadi diri mereka sebentar.
Masuk dalam kasut mereka dan fikir APA yang paling mereka mahukan dan KENAPA?
Contoh:
Audiens: Wanita berkerjaya, umur ~32 tahun.
Masalah: Kulit kering
Impian: Nak kulit lembab dan gebu
Kenapa: Kulit sekarang senang merekah dan pedih. Terutamanya apabila kerja dalam aircond.
Penyelesaian: Serum yang kita jual sebab ada sekian, sekian bahan yang dapat rectify masalah kulit kering.
Setelah kita kenal pasti audiens dan masalah mereka secara tepat, barulah mudah untuk kita menulis copywriting.
Masukkan elemen ini dalam mesej kita dan guna bahasa yang sesuai dengan mereka.
5. Gunakan Testimoni
Menurut kajian oleh Nielsen Norman Group, manusia bergantung kepada pendapat manusia lain apabila mereka tidak pasti tindakan yang harus dilakukan.
Hal ini kita panggil ‘Social proof’ atau bahasa mudahnya testimoni.
Bukankah kita sendiri cenderung untuk membaca review orang lain terlebih dahulu di Shopee, barulah kita akan membeli?
Hampir semua manusia begitu. Bukan sahaja kedai online, kedai tepi jalan juga kita ikut-ikut orang.
Gerai pisang goreng A ramai orang sedang beratur. Gerai pisang goreng B pula tak ada sesiapa!
Kita sendiri akan cenderung untuk beratur di gerai A.
Cuma saya kadang-kadang akan ke gerai B untuk tolong dia buat jualan hari itu.
Biasanya, lepas kita beli je, tiba-tiba ramai pula orang lain datang. Perasan tak?
Bukanlah gerai B tak sedap, dia cuma tak ada social proof.
Dengan highlight info sebegini, orang akan lebih percaya bahawa kita legit, bukan scam.
6. Jangan Meleret-leret. Buat Ayat Simple
Bila kita buat copywriting, gunakan ayat yang paling simple dan mudah.
Tip untuk menulis ayat yang simple dan tidak meleret ialah dengan menulis ayat senafas.
Maksudnya, anda hanya perlukan senafas untuk habiskan membaca sepotong ayat.
Cuba bezakan dua ayat ini, mana satu yang lebih mudah dibaca?
- Audiens sasaran yang anda tetapkan ialah wanita berkerjaya, lingkungan umur 30-35 tahun yang ada masalah kulit kering.
- Audiens sasaran yang anda tetapkan ialah wanita berkerjaya. Lingkungan umur 30-35 tahun dan ada masalah kulit kering.
Ayat B lebih mudah faham, kan?
7. Test & Improve
Anda perlu mengukur keberkesanan setiap copywriting yang anda buat. Adakah ayat iklan anda cukup power untuk tarik pelanggan?
Bagaimana?
Jika anda gunakan FB Ads, mudah untuk trace melalui pixel.
Tapi jika anda masih gunakan marketing secara organik, anda boleh nilai copywriting jenis mana yang banyak like dan share.
Dari situ, anda kaji adakah ayat iklan berbentuk story, atau berbentuk straight-to-the-point yang lebih disukai orang. Kemudian, anda baiki cara menulis ayat copywriting sampailah power!
Setakat ini jelas macam mana nak tulis ayat copywriting yang power?
Sebenarnya tak susah pun untuk anda membuat copywriting sekiranya kita rajin membuat praktis setiap hari, banyakkan latihan menulis ayat iklan. Belajar mengumpul ilmu daripada mentor-mentor. Senang cerita, copywriting ni kena ada ilmu dan ada tertibnya.
Berikut ni cadangan saya untuk anda yang berminat untuk belajar teknik copywriting dengan betul. Boleh dapatkan tips & idea Panduan Copywriting Hebat dari Zaniy Talib. Mudah untuk anda follow, padat & lengkap!