Pasaran hari ini bukan lagi semata-mata tentang siapa yang ada produk paling canggih atau pembungkusan paling menarik. Hakikatnya, kita kini berada dalam situasi di mana terlalu banyak produk menawarkan solusi yang hampir serupa – daripada jenama besar sehinggalah pemain industri kecil dan sederhana.
Contohnya, dalam sektor kesihatan dan kecantikan, ratusan jenama menawarkan produk untuk mencerahkan kulit, mengurangkan jerawat, atau meningkatkan keyakinan diri. Formulasi mungkin sedikit berbeza, tetapi mesej yang disampaikan kepada pelanggan hampir sama. Dalam konteks ini, persoalan utama bukan lagi “siapa yang ada produk terbaik?” tetapi “siapa yang paling dipercayai dan mudah diingati?”
🧠 Isu Produk Serupa: Kenapa Ia Berlaku?
1. Ketersediaan Formula dan OEM
Ramai usahawan bergantung pada OEM (Original Equipment Manufacturer) untuk menghasilkan produk secara pukal dengan formulasi siap guna. Ini memang memudahkan proses permulaan bisnes, tapi dalam masa yang sama, formula yang sama turut dimiliki oleh puluhan pemain lain.
2. Trend Pasaran dan FOMO
Apabila sesuatu produk mula viral – seperti minuman detox atau serum pemutih – muncul berderet jenama baharu yang menawarkan produk hampir serupa. ‘Fear of Missing Out’ (FOMO) menjadikan ramai usahawan masuk ke niche yang sama tanpa strategi pemosisian yang kukuh.
3. Pelanggan Kini Bijak dan Pantas Menilai
Dalam era digital, pelanggan boleh membandingkan 3–5 produk hanya dalam masa beberapa minit. Mereka membaca review, semak testimoni, dan nilai siapa yang paling “genuine”. Jika mesej kita kabur, atau sekadar ikut arus, kita akan mudah tersisih dari radar pembeli.
💡 Langkah Anda Sebagai Usahawan: Bagaimana Nak Menonjol Bila Produk Kita Serupa Dengan Yang Lain?
1. Tonjolkan Naratif dan Nilai Produk Secara Konsisten
Setiap produk boleh buat fungsi A, B, dan C. Tapi apa yang membezakan adalah siapa di sebalik produk itu dan kenapa ia diwujudkan.
Contohnya:
✅ “Produk ni bukan sekadar untuk cerahkan kulit. Ia tercipta lepas saya sendiri hadapi masalah jerawat kronik hampir 7 tahun. Saya jadikan diri saya testimoni pertama – dan ambil masa setahun untuk pulih.”
Naratif seperti ini membina emosi dan hubungan. Pelanggan bukan lagi membeli produk semata-mata, tetapi mereka membeli kisah, perjuangan dan kepercayaan.
Tips untuk Usahawan:
Latih diri untuk bukan sekadar jual produk, tetapi cerita perjalanan. Gunakan konten storytelling secara mingguan dalam media sosial atau platform rasmi.
2. Bangunkan Personal Branding Yang Konsisten
Produk boleh ditiru. Tapi cara kita bercakap, menyampaikan ilmu, dan membina hubungan dengan audiens – itu yang unik.
Contoh:
Ramai pengasas produk berjaya kerana mereka tampil secara konsisten di TikTok, Fcaebook dan IG. Mereka berkongsi cabaran bisnes, kehidupan seharian, motivasi, dan tips pemasaran – sambil perlahan-lahan memperkenalkan produk.
“Bila prospek kenal siapa kita, mereka lebih mudah percaya apa yang kita jual.”
Tips untuk Usahawan:
- Ambil masa 15-30 minit sehari untuk buat content creation sendiri.
- Bina kehadiran di sekurang-kurangnya satu platform utama seperti TikTok, FB atau IG Reels.
- Gunakan suara sendiri – bukan hanya skrip jualan.
3. Bangunkan Komuniti, Bukan Sekadar Followers
Produk boleh bersaing dari segi harga. Tapi komuniti mencipta kesetiaan jangka panjang.
Contoh:
Daripada hanya ada “pelanggan sekali beli”, jadikan pelanggan sebagai sebahagian daripada komuniti. Contohnya, melalui:
- Kumpulan WhatsApp/VIP group dengan tip eksklusif
- Webinar bulanan percuma untuk pelanggan sedia ada
- Hadiah kecil untuk ulang beli ke-3 dan ke-5
Tips untuk Usahawan:
Pelajari cara membangun dan mengurus komuniti digital – contohnya melalui kelas pemasaran relationship-based, atau gunakan CRM tools asas untuk kekalkan hubungan pelanggan.
🔍 Didik Pasaran Tentang Perbezaan Yang Kita Tawarkan
Kadangkala bukan pelanggan tak nampak nilai kita, tapi kita sendiri yang tak cukup menerangkannya. Jangan takut untuk mendidik pasaran secara:
- Infografik
- Video edukasi pendek
- “Behind-the-Scenes” di TikTok/FB/IG
Contoh:
Buat satu video “Kenapa serum kami tak guna paraben walaupun lebih mahal dari biasa.” → Ini bukan sekadar menjual, tetapi memberi pendidikan – dan secara tak langsung, meningkatkan kredibiliti.
✅ Jadi kesimpulannya: Fokus Pada Yang Tak Boleh Ditiru
Lambakan produk serupa memang satu cabaran – tapi ia juga peluang. Ia mendesak kita untuk lebih bijak, lebih kreatif, dan lebih authentic dalam menyampaikan nilai.
Produk mungkin sama, tapi cara kita menyampaikan cerita dan membina kepercayaan – itu yang menjadikan jenama kita luar biasa.
Ingat: Kita tak perlu jadi yang pertama, tapi kita mesti jadi yang paling diingati.