Tips Berniaga di Facebook Personal
“Coach, Engagement saya sangat meletops waktu pagi.
Likes / Loves sampai 4 hingga 5 ratus !
Teruja sangat, macam retis!
Tapi bila buat posting produk jer, terus drop berpuluh kali ganda”
Haaaa,
Semua ada masalah macam ni kan?
Nak tahu kenapa bila kita buat post pasal produk jer, posting facebook terus drop?
Sebab apa?
Sebab kita sendiri yang sabotaj Facebook kita.
Tak caya?
CUBA CHECK 5 KESILAPAN BERIKUT
1 – Tersalah Simpan Senarai Kawan
Adakah senarai Kawan kita betul-betul prospek yang tepat dan berkualiti?
Adakah kita Add/Approved mereka sesuka hati tanpa menyelidiki terlebih dahulu setiap profil. Adakah mereka bakal prospek kita.
Jadi, sila check semula dan sila remove mereka yang tak aktif dan yang tak berkualiti.
2 – Adakah Target Market, Nampak Posting Kita
Kebanyakkan kita terlalu gopoh membuat posting. Buat post lebih dari 10 kali sehari, kononnya dah komited membuat marketing. Sedangkan post kita takde siapa yang nampak.
Kita hanya beranggapan orang nampak post kita. Jadilah kita syok sendiri sampai ke sudah.
Lepas tu…
– berharap akan ada sales yang masuk
– akan ada orang yang wasap bertanya harga.
BERNIAGA DI FACEBOOK
TAPI POSTING ASYIK SENDU?
Belajar cara TEPAT
Tips Berniaga di Facebook Personal
KLIK SINI UNTUK JOIN KELAS FIGHTERS
3 – Dah ada Target Market yang betul. Tapi kita malas bina Personal Branding & Engagement dengan Prospek.
Kita terlalu sibuk fokus kepada posting di wall, sedangkan skop marketing ni terlalu luas. Kita lupa nak bina kepercayaan Pelanggan.
Kita gagal nak berkenal-kenalan dengan bakal pelanggan. Kita gagal nak bina Engagement dengan mereka.
Jadi…
Macamana mereka nak percaya dan terpikat dengan kita dan produk kita.
4 – Kita terlalu banyak Terlepas Pandang
Yang ni banyak sangat kita buat silap.
Lepas jer kita Add/Approved Kawan Baru, kita gagal untuk bina Engagement yang berterusan dengan mereka.
Kita banyak fokus pada posting di facebook, sedangkan semakin lama kita terleka, semakin ramai Kawan Baru kita hilang dari radar. Akhirnya mereka langsung tak nampak post kita.
5 – Kita Malas buat ‘Engagement Baru’ setiap Hari
Berniaga di Facebook Personal seninya sangat berbeza jika dibandingkan dengan Facebook Page.
Setiap hari kita WAJIB bina ‘Engagement Baru’ dengan kawan yang berlainan.
Ini sangat penting bagi memastikan ;
– Posting kita
– dan Akaun Facebook kita
berlegar dalam rangkaian sistem Algorithm yang lebih besar.
Lagi banyak kita bina rangkaian engagement, lagi besar kebarangkalian posting kita ‘appear’ di newsfeed rakan-rakan lain.
Belajar Sesuatu?
Sebenarnya banyak lagi kesilapan yang Anda buat, dan banyak lagi perkara penting yang perlu Anda perbaiki. Cukup sekadar saya berkongsi 5 point penting dulu.
Nak tahu lebih banyak lagi Tips yang seterusnya?
Nak ‘Improve’ Engagement Facebook Anda?
Nak Increase Sales setiap bulan?
Anda nak dibantu?
Saya sarankan anda sertai Kelas Online “FIGHTERS”
Seawal 7 Hari Anda akan nampak perubahan pada Facebook anda.
Sumber ; Coach Muhadis